klik sini untuk video
PENGENALAN DEMAM DENGGI
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan
virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui
gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang
sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi
(DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata
4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami
demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute
febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan
malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait
rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup
berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan
wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity)
boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

KES DENGGI SEMASA
situasi Demam Denggi Di Malaysia Bagi Minggu 9 (26 Februari - 3 Mac 2012)
Penerangan
Pada minggu ke sembilan tahun 2012 iaitu bagi tempoh 26 Februari hingga 3 Mac, sejumlah 567 kes demam denggi dengan dua (2) kematian telah dilaporkan berbanding 602 kes juga dengan dua (2) kematian pada minggu sebelumnya. Sebanyak enam (6)
buah negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Kedah yang meningkat sebanyak 7 kes (58%), Melaka 7 kes (58%), Johor 4 kes (12%), Kelantan 4 kes (10%), Perlis 3 kes (100%) dan Selangor meningkat sebanyak 3 kes (1%).